Pinjaman Peribadi kepada penjawat awam dengan Pembayaran Balik bulanan melalui potongan gaji atau dari Biro Perkhidmatan Angkasa dengan kadar yang rendah. Pinjaman ini biasa dikenali sebagai pinjaman koperasi. Ini adalah khas untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, syarikat-syarikat yang ada potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), ataupun Government Linked Company (GLC) seperti TNB, TM, Universiti, Pos Malaysia, SYABAS, PUAS, Risda, MAB (Malaysia Airport Berhad), Puncak Niaga, dan lain-lain.
Pinjaman koperasi ini tidak mengambil kira Komitmen Luar, CTOS, CCRIS dan Blacklist. Selain daripada itu, ada sesetengah koperasi juga terima pemohon yang sangkut dalam AKPK (Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit). Setiap koperasi adalah berbeza dalam segi kadar, kredit kriteria, ciri-ciri, dan majikan-majikan yang terima. Semua koperasi adalah dalam jagaan bawahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).